Haramkah
Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…
Friday, March 12, 2010
Cinta?
Posted by Ko Hye Sung ^__^ at 11:54 PM 0 comments
Labels: Rahsia hati manusia.....
Thursday, March 11, 2010
Alhamdulillah..
Baru saja tadi Ummi menelefon memberitahu tentang keputusan SPM adikku,Aqilah.Ummi hendak bertolak pulang dr sekolah adikku,Semashur di Hulu Selangor ketika menelefonku.Semoga perjalanan ummi lancar,tenang dan selamat doaku.Syukur padaMu Ya Allah kerana telah berikan kejayaan kepada adikku dlm peperiksaan SPMnya.Tahniah adikku kerana berjaya mendapat keputusan yg cemerlang,8A 1B.Semoga kejayaanmu dan ilmumu bermanfaat adikku.Semoga kau menjadi anak yg solehah dan berguna pd keluarga,agama,bangsa dan negara doaku.Terima kasih yg tak terhingga kerana telah memberikan ummi hadiah kegembiraan ini.Terima kasih kerana tidak mengulangi kisahku yg kurang berjaya ini.Semoga kau akan teruskan kejayaanmu pada masa akan dtg agar dpt berbakti pd keluarga,agama,bangsa dan negara.Dan semoga kau juga tidak akan lupa mencari kejayaan akhiratmu adikku.Adikku,semoga kau sentiasa di dlm rahmat dan kasih sayang Allah subhanahuwata'ala.Semoga dgn segala nikmat dan kurniaanNya ini akan menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaanmu kepada Allah,tuhan yg memiliki sekalian alam,segala yg ada di langit dan di bumi adikku.Amin..

Ya Allah,syukur alhamdulillah kepadaMu atas segala nikmat dan kurniaanMu ini.Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..
Posted by Ko Hye Sung ^__^ at 4:52 PM 0 comments
Labels: kehidupan..
Monday, March 8, 2010
Kisah Seorang Ummi..
Ruang yang tadi terang benderang, tiba-tiba menjadi gelap. Hajat di hati ingin membaca sebelum melelapkan mata terpadam dek kegelapan malam.Aku bingkas bangun dari katil, menuju ke pintu. Tujuan di hati ingin meninjau ke bilik anak-anak.
" Tentu mereka sedang tidur lena.." getus hati sambil tangan meraba mencari tombol. Namun..."
Ummi, Kak Long dan Kak Ngah tak boleh tidur.. ada nyamuk..panas pula tu." Belum sempat pintu bilik dibuka, anak-anak lebih dulu menyua muka. Terpisat-pisat mereka mengesat mata. Dalam kesuraman cahaya bulan purnama yang masuk menembusi tingkap bilik, aku mendorong mereka ke katil. Suamiku kebetulan tiada di rumah kerana berprogram di luar kawasan.
" Kak Long dan Kak Ngah tidur dengan Ummi ye...elektrik tak ada malam ni ."
Oleh kerana masih mengantuk, mereka menurut sahaja tanpa banyak bicara. Aku mengambil majalah yang tadi ingin dibaca, kujadikan kipas untuk menyejukkan sedikit pusaran udara sekitar bilik kecilku.
" Kak Long dan Kak Ngah tidur ye, Ummi tolong kipas. Nanti sejuk sikit.." Aku berkata. Sempat telinga mendengar dengungan si nyamuk. Sambil mengipas, aku membuka mata luas, kalau-kalau ada nyamuk yang datang hinggap di tubuh anak-anakku..kasihan mereka. Terpaksa melelapkan mata dalam keadan tidak selesa begitu.
Itu di dunia...Entah mengapa sambil mengipas dan menampar nyamuk yang hinggap seekor dua, fikiran melayang mengenang keadaan di akhirat sana.
Di sini, aku masih boleh menjadi 'penyelamat' anak-anak dari situasi yang tidak menyenangkan. Mereka juga tetap mencari Ummi mereka ini untuk mengadu nasib diri. Bagaiman di sana nanti ? Mampukah lagi aku menjadi penyelamat mereka dari terjunam ke lembah neraka...Na'uzubillah. Dan, adakah anak-anakku mencari Ummi ini sekadar untuk menagih janji..
" Dulu di dunia, Ummi kata Ummi sayang kami. Sekarang ini kami minta bukti ".. mungkin itu jerit mereka. Di depan titian Sirat menanti..di bawahnya jurang neraka berapi.
" Kami tak bersalah, Ummi kami yang menjadikan kami tidak solehah..Salah kami tidak ditegur, silap kami tidak diperbetul. Lantas, kami terus dengan diri sendiri..Pakaian kami tidak ikut syariat. Ummi kata, tak mengapa kerana kami masih belum dewasa. Solat kami culas, Ummi kata tak mengapa. Dah baligh kelak, baru Ummi galak. Gelak tawa kami berdekah-dekah. Ummi buat tak endah. Ummi kata, tak mengapa. Dah besar nanti, baru Ummi menyapa..jangan begitu bila ketawa."
" Namun belum sempat Ummi menegah, Ummi lebih dulu meninggalkan alam ini. Kami dah biasa begini, terus dewasa tanpa panduan ilahi. Mari Ummi, terjun bersama kami..selayaknya kita di sini " kata mereka lagi, lantas pantas mencapai tanganku ke tepian api..
Astaghfirullah..Aku terjaga dari lena. Tertidur rupanya. Ku toleh ke sisi, anak-anak masih dibuai mimpi. Bilik yang tadi suram, telah kembali terang. Terngiang-ngiang lagi 'jeritan' anak-anak dalam mimpiku tadi. Perlahan-lahan aku bangun. Sementelah, belum masuk Subuh, aku ingin munajat pada Ilahi, mohon kekuatan dan petunjuk. Jangan 'peristiwa' dalam mimpi menjadi realiti.
' Ya Allah, dalam hening malam aku sujud pada Mu. Kumohon jangan pernah berpaling dariku. Aku tak punya siapa-siapa untuk menolong. Aku menagih rahmat kasih sayang Mu, Ya Allah. Bantulah aku, dalam mendidik anak-anakku. Kurniakan aku kekuatan menegur dan membetulkan salah silap mereka. Dengan baki usia yang masih bersisa ini, ya Allah. Aku akan bersama suami menunjukkan jalan yang benar kepada mereka. Pandulah kami, bimbinglah kami. Kami ingin mati dalam redha Mu. Kami ingin menuju akhirat Mu tanpa beban yang masih berbaki.Alam kini penuh fitnah, dinding kami dari fasad dan jahat dunia. Kami tak daya menolak tanpa bimbingan dan hidayah Mu.
Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah agar di sana kelak kami tidak saling menyalak.
Kami akan mendidik mereka berlandas syari'at, Al Quran dan Sunnah sebagai pengikat. Ya Allah, hadiahkan kami redhamu, izinkan kami bernaung di bawah cinta Mu, walau kami sedar kami banyak dosa tapi kami tak akan pernah berputus asa'.
***************************************************************************
Untuk renungan wanita bergelar ibu,yg sekian lama berbangga kerana syurga di bawah telapak kaki ibu, namun sepatutnya golongan ibu lebih dulu insaf, kerana syurga atau neraka seorang anak, ibulah pencorak pertamanya. Semoga beroleh manfaat.Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Petikan ini dari http://www.zaharuddin.net/
Terbaca petikan ini dr facebook rakan. Terasa besar, berat dan sukarnya tanggungjawab seorang ibu. Allahuakbar.Walaupun aku bukan seorang ibu tapi InsyaAllah suatu hari nanti dgn izin Allah.Ibu bukan sekadar panggilan dan tanggungjawab di dunia tetapi jua di akhirat kelak.Subhanallah.Dapatkah kita(kaum hawa) memikul tanggungjawab yg besar ini suatu hari nanti Ya Allah? Ya Allah berilah kami kekuatan dan ilmu yg bermanfaat utk memegang amanahMu suatu hari nanti serta kekuatan utk mendidik dan menegur.Amin...
Dr petikan tersebut aku membuat keputusan.Ya Allah semoga ini adalah keputusan yg tepat.Berikanlah aku kekuatan utk menghadapi dugaanMu ini.Dugaan yg melanda ini adlh ujian drMu utk menguji keimananku dan menunjukkan kasih sygMu agar aku sentiasa terus mengingatiMu.Kurniakanlah daku inayahMu utk menghadapinya Ya Allah.InsyaAllah, semua yg berlaku ada hikmahnya dan Allah tidak jadikan sesuatu itu sia-sia sahaja.
Posted by Ko Hye Sung ^__^ at 6:05 PM 2 comments
Labels: Cinta Hati..Cinta Hakiki..
Salahkah aku...
Bismillahirrahmanirrahim..
Allah..Allah..Allah..
Semoga diri ini akan sentiasa mengingatiMu..
Ya Allah,ampunkanlah aku sekiranya aku terlupa akanMu..
Semoga diri ini akan menyintaiMu sesungguh-sungguhnya pada setiap denyutan nadi dan hembusan nafas ini Ya Allah..
Ya Allah,kau tunjukkanlah jln kebenaran pada seluruh hambaMu yg berada di dunia ini. Sesungguhnya hanya engkaulah yg amat berkuasa pd alam semesta ini serta pd semua nyawa. Hanya padaMu kami berserah dan memohon perlindungan. Dan tiada sesuatu yg mustahil bgMu,Allahuakbar..
Mlm itu mrupakan sesuatu yg menyakitkan bgku,spt aku br terminum racun yg membunuh. Salahkah aku utk saling ingat-memperingati antara satu sama lain. Terutama sekali org yg plg hampir dgnku. Namun,apa yg aku dpt hanyalah tuduhan melulu kpd sesiapa sahaja yg mengikut ajaranNya. Aku sgt sedih yg teramat sgt. Namun tidak tahu aku mahu mengadu pada siapa saat ini kecuali padaMu Ya Allah, tuhan yg memiliki nyawaku ini. Sungguh aku memohon padaMu tuhanku, berikanlah aku kekuatan utk menghadapi segalanya di muka bumiMu yg fana ini Ya Rabb. Hanya pdMu ku titipkan segalanya. Tidak, aku tidak dapat mengatakan hal ini kpd insan yg aku cintai, kerana aku tidak sanggup melihatnya menanggung beban ini juga. Maafkan anakmu ini ummi. Harapanku agar ummi tidak sedih menanggung segalanya stlh ketiadaan abi. Aku bukanlah seorang yg baik, jauh sekali anak yg solehah namun harapanku agar dia berubah. Memang berkahwin itu satu ibadah, sesuatu yg baik. Tp adakah bagus sekiranya sesuatu yg tidak perlu dilihat org lain tetapi dberi lihat. Memang hendak menjadi diri sendiri dan tidak mahu menjadi hipokrit namun cuba utk menjadi lebih baik itukan lebih bagus. Aku amat terkilan. Sekiranya sebelum ini aku melihat yg lain2 aku sabarkan hati tapi ada juga aku menegur sedikit2. Tetapi kesabaranku teruji hebat sekali pada kali ini. Tidak ingatkah mereka pada arwah abi yg sedang di sana. Tidak kasihankah mereka seandainya arwah abi diseksa di sana. Sungguh aku amat sedih dan kesal. Allahuakbar...Ya Allah kuatkanlah hatiku menempuhi segala badai yg melanda ini. Hanya padaMu aku mengadu dan hanya padaMu aku memohon. Rahmatilah mereka dan berilah mereka taufiq dan hidayahMu Ya Allah. Tiada apa yg dpt ku lakukan sekarang ini selain berdoa kepadaMu Ya Rabb tuhan sekalian alam yang mengetahui segala yg di langit dan di bumi juga segala yg tersirat. Lailahaillallah...
Posted by Ko Hye Sung ^__^ at 12:16 PM 0 comments
Labels: dugaan...
Friday, February 26, 2010
Cinta Sang Kekasih..
Dia adalah junjungan besar,Nabi Muhammad S.A.W.Baginda sgt mencintai kita sekalian.Dia sgt mencintai kita sekalian sehingga ke akhir hayatnya.Semasa saat baginda akan pergi meninggalkan dunia,apa yg disebut-sebut adalah ummati,ummati,ummati iaitu umatku,umatku,umatku.Baginda juga pernah cuba meminta merasa bagaimana rasanya dicabut nyawanya,dan selepas itu baginda memohon agar menanggung kesakitan itu bagi umat2nya iaitu kita sekalian.Maka jelaslah bahawa baginda amat menyintai dan menyayangi kita sekalian.
Namun mampukah aku mencintainya spt mana dia mencintai aku dan kalian.Ya Allah,kuatkanlah hatiku utk terus bernaung di bawah agamamu,syariatmu,cintaMu dan cinta Rasul mu ini.
Dapatkah aku mencintaiMu dan RasulMu spt mana para sahabat dan para tabi'in sekalian??Ya,mungkin sekali tidak.Namun aku akan terus berusaha mengabdikan diri utk cinta2 ini ya Allah..Semoga istiqamah akan sentiasa hadir bersama..
Pada hari ini,sempena Maulidur Rasul,marilah kita sama2 bykkn berselawat ke atas baginda.Jgn biarkan hari ini berlalu sepi tanpa selawat dan bacaan Quran (yg dibawa oleh Rasulullah).
Marilah sama2 kita menghayati hari yg penuh dgn sejarah ini dgn mempelajari sunnah2 Rasulullah,,sempena waktu lapang di hr cuti ni ye..dan bukan dgn perarakan tp sebenarnya kita tidak menghayati Maulidur Rasul ini dgn sebenar-benarnye ye..he he he..
Posted by Ko Hye Sung ^__^ at 10:10 AM 0 comments
Labels: Cinta Hati..Cinta Hakiki..
Marah??
Marah?Semua manusia mempunyai perasaan marah.Mungkin akan ada yg kata seseorang itu ego bila dia hanya mendiamkan diri tanpa memberi respons kepada sekelilingnya.Namun hakikatnya mungkin seseorang itu diam tanpa memberi sebarang reaksi kerana cuba mengawal marahnya.
Marah adalah sifat mazmumah(tercela,terkeji,terhina).Justeru usaha utk mengelakkan diri dr sifat marah menjadi satu kewajipan.Sifat marah yg wajib dbuang dr diri seseorg ialah sifat marah yg dilarang.Tidak semua sifat marah dilarang,ada kalanya kita wajib marah dan kadang kala kita diharuskan marah.Kemampuan kita mengurus kemarahan akan membawa kita kepada situasi yg tenang dan membahagiakan.
Sifat marah dr sudut hukum boleh dibahagikan kepada tiga:
1. Marah yg dipuji
Kemarahan yg dtuntut bila mana berlaku pencabulan dan perlanggaran terhadap larangan agama @ Allah S.W.T.Sifat ini hasil dr keimanan yg kuat terhadap Allah S.W.T krn org yg tidak marah terhadap pencabulan dan pelanggaran larangan Allah dianggap sbg org yg lemah iman.
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya, "brg sesiapa yg melihat kemungkaran hendaklah ia ubah dgn tgn(kekuasaan) sekiranya tidak mampu ubaah dgn lidahnya,sekiranya tidak mampu juga maka ubahlah dgn hati,itulah selemah-lemah iman."
Rasa utk mengubah,menegur atau tidak suka tidak akan timbul dlm diri seseorg sekiranya tidak ada perasaan marah pd sesuatu.Kecantikan Islam dlm marah ialah apabila seseorg dpt mengurus sifat marah dgn cara hikmah dan bijaksana tapi bukan dgn cara mengikut perasaan dan nafsu spt memaki hamun,mencerca,memukul atau mangambil tindakan2 yg negatif.
2.Marah yg dicela
Marah yg dilarang dan tercela ialah apabila marah pd pelaksanaan perintah Allah atau marah yg didorong oleh perasaan dan hawa nafsu,marah dgn usaha dakwah,marah dgn pelaksanaan syiar Islam dan lain2.Sifat marah dlm kategori ini dilarang dan dicela krn merupakan sifat org2 kafir yg sentiasa tidak suka apabila org mengamalkan dan menghayati Islam.Mereka menunjukkan sifat mereka dgn menunjukkan rasa marah apabila ajaran2 Islam diamalkan dlm kehidupan manusia.
3.Marah yg diharuskan
Marah jenis ini merupakan marah yg tidak melanggar perintah Allah dan tidak melampaui batasan.Org yg dpt mengawal perasaan ini disukai Allah S.W.T. iaitu spt marah apabila tidak tahu perkara yg sepatutnya diketahui, marah apabila tidak melakukan pekerjaan dgn baik dan lain2.
Allah S.W.T berfirman maksudnya, "Dan org yg mengekang kemarahan dan memberi kemaafan kpd org lain,dan Allah suka kpd org2 yg baik."
Kita wajib marah bila hak Allah atau hak Islam dilanggar,haram marah bila marah kerana hak agama dilaksanakan dan harus marah pd perkara berkaitan kehidupan dgn syarat tidak melampaui batasan dan bertujuan utk memperbaiki kekurangan yg ada.
Ibnu Hibban menyatakan manusia sentiasa bertentangan antara marah dan kelembutan,siapa yg marah dgn kelembutan tidaklah dicela selama marahnya tidak dilarang.Manusia dr sudut kekuatan sifat marah ada tiga peringkat:
Pasif: Org yg tiada perasaan marah,hilang dari dirinya sifat marah.
Agresif: Org yg pemarah,baran,tidak mampu dikawal oleh akal dan agama,hilang kewarasan diri ketika marah.
Moderet: Pertengahan;org yg dpt mengawal perasaan marah menggunakan akal dan agama.
Tip membendung kemarahan:
1.Membaca ta'awudz iaitu,"A'uzubillahi minasyaitanir rajiim."
2.Mengingat betapa besarnya pahala org yg mampu menahan kemarahannya.
3.Mengambil sikap diam diri,tidak bercakap.
4.Duduk atau berbaring.
5.Memikirkan betapa hodohnya penampilan apabila sedang dlm keadaan marah.
6.Mengingat betapa besarnya balasan bg org yg memaafkan kesalahan org lain.
7.Meninggalkan berbagai bentuk celaan,makian,tuduhan,laknat dan cercaan kerana semua itu
termasuk perangai org2 bodoh dan jahil.
>>Org yg kuat adalah org yg dpt menahan amarahnya...
Posted by Ko Hye Sung ^__^ at 10:03 AM 0 comments
Labels: kehidupan..
Sunday, February 21, 2010
Selamat Ulangtahun..
Semoga panjang umurmu dan murah rezekimu.Semoga berjaya di dunia dan di akhiirat kelak.Walau apa jua cita2mu,kakakmu ini akan terus menyokongmu dr belakang.Jika kau benar2 memiliki azam yg tggi utk memasuki sekolah tahfiz pd thn hadapan,teruskanlah.Namun, jgn cepat menyerah kalah.Jadilah anak yg membahagiakan ummi dan abi.Semoga kau dpt mencapai cita2mu itu dan mejadi org yg berguna pada keluarga,agama,bangsa dan negara.Jadilah anak yg menjadi penyelamat abi dan ummi drp api neraka.Serta,harta abi dan ummi iaitu doa anak yg soleh/solehah.
Engkaulah yg paling tekun dan paling istimewa.Istimewanya,hanya namamu yg datuk berikan,Mumtazah(yg istimewa).Dan datukmu itu telah menghadap ilahi secara istimewa dan terhormat iaitu semasa membaca khutbah jumaat.
Teruskanlah usahamu,jgn pernah kenal erti putus asa wahai adikku Mumtazah.
Semoga bertambah kerajinanmu utk beribadat kepadaNya yg Esa.
Semoga kau sentiasa dlm keredhaan,kerahmatan dan keberkatanNya walau di mana jua keberadaanmu.
Posted by Ko Hye Sung ^__^ at 11:28 PM 0 comments
Wednesday, February 10, 2010
Selamat Jalan..
Selamat jalan sahabatku Juraidah Nadiah Rahmat..
Semoga berjaya mengejar cita2 di bumi Australia serta tabah dan cekal menghadapi segalanya Semoga 2 thn yg akan dilalui di bumi yg berasingan tidak akan terasa panjang.Sesungguhnya diri ini sgt sedih dengan perpisahan ini.Kepergianmu dr bumi Malaysia ini amat dirasai.Namun aku pendam jua kerana di kala ini tiada siapa yg mengetahui perasaan ini, hanya tuhan yg mengetahuinya.Bagi aku engkaulah sahabat sejatiku yg sukar ditukar ganti.Sahabat di kala susah dan senang.Sahabat yg sgt aku senangi.Engkau seorang sahabat yg manja,almaklumlah anak bongsu,namun, aku senang dgn sifat manjanya kerana manjanya menyenangkan dan memudahkan pergaulan.Bukan manja yg berlebih-lebihan.Sahabat yg agak rapat dgnku.Mungkin beberapa persamaan membuatkn kita tidak putus, rumah plg dekat dgn rumahku,latar belakang pendidikan yg sama dr sekolah rendah sehingga sekolah menengah,org tua kita yg berkecimpung dlm dunia pendidikan.Namun, kita tidak sama tempat di matrik dan kini engkau meneruskan profesion ibu dan bapamu di dlm bidang pendidikan dan aku terpaksa meneruskan perjuangan di dlm bidang yg sgt mencabar bg kaum hawa ini.
Lg sekali aku ucapkan selamat berjaya di sana.Semoga sentiasa di dlm keadaan sihat,tenang dan ceria selalu.Harapanku agar kau tidak melupakan sahabat2mu di sini.
Ukhwah fillah abadan abada..
Take care..
Posted by Ko Hye Sung ^__^ at 11:32 PM 0 comments
Labels: Sahabat..
Selasa yg kurang dsenangi..
Selasa bln 2 merupakan bermulanya kelas hydrology d sg. chuchuh.
Namun aku amat tidak selesa dgnnya.
Kerna apa??
Kerna itulah hr terpaksa berdepan dgn sst yg memalukan..
Terngiang-ngiang lg d minda bagaimana seorg rakan sejantinaku dan seagamaku berkata-kata..
Tanpa segan silu dia berkata bahawa dia mahu menukar jantina..
Lalu seorg kaum bukan sejantinaku dan bukan seagama dgnku menjawab..
"Siam dh dekat..senang saja."
Dan topik ini menjadi bualan utk bbrp ketika lamanya..
Tanpa Penapisan..
MasyaAllah..
Aku hanya mampu terdiam tanpa berkata sepatah pun..
Terdiam kerana malu yg amat sgt..
Dan terdiam mengapa rakanku ini berkata begitu..
Wahai muslimat..
Dmanakah menghilangnya sifat malumu??
Tidakkah engkau sudah lupa dgn perasaan malu??
Dikau berbual ttg perkara lagha pd rakan bukan sejantinamu, bkn seagamamu..
Jgnlah engkau memalukan kaummu apatah lagi agamamu..
Tidakkah engkau terfikir ini akan mencalarkn maruah agamamu??
Mggu ini pula engkau berkata ttg perkara2 lagha yg lain pula..
Ya Allah sesungguhnya aku malu..
Aku tidak tenang dgn perkara2 ini..
Ya Allah, jauhknlah aku dr perkara keji,mungkar dan kemaksiatan..
Astaghfirulah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..
Posted by Ko Hye Sung ^__^ at 5:50 PM 0 comments
Labels: malu..
Tuesday, February 9, 2010
Mengertilah..
"sebutir air mata yg jtuh krna keinsafan adalah 1000 kali lbh baek drpd sejuta mutiara d lautan..sesaat bsedih krna redha Allah adalah lbh baek dr seharian bsedih krna cinta manusia..sesuci hati krna ILAHI itulah hakikat cinta abadi..."
ini adalah apa yg dpostkn oleh seseorg di fb..
dan aku amat tersentuh ketika membacanya..
sblm ini sudah 3 kali dia meminta sst dr aku..
namun aku takut utk menerimanya..
bukan atas dasar apa..
namun..
hakikatnya aku langsung tidak sedia utk sst itu..
dan aku jua takut utk menerimanya krn blm pernah lg berlaku begini..
berkali-kali aku memohon maaf drnya krn mengecewakan beliau..
alhamdulillah akhirnya beliau memaafkn diri ini..
serta tidak lagi block diriku d facebooknya..
aku mengerti kekecewaannya terhadapku..
namun apakan daya diri ini..
memilihnya sesuatu ksalahan yg besar..
tidak memilihnya pula menjadikn diri serba salah..
dan mungkin keputusan ini akan mematangkn beliau juga
lbh mendekatkn bliau pd Allah yg esa..
aku berharap beliau mengerti dan fahami diri ini..
harapan aku spy kita masih dpt berkawan spt biasa..
tanpa jurang dsebabkn perkara ini..
aku bknlah seorg muslimah yg sempurna..
pd rupa pula jauh sekali..
semuanya tidak semudah yg dsangka..
masih byk tanggungjawab diri ini yg blum terlaksana..
terutama pada Pemilik Nyawaku..
tidak lupa jua pada ummi tercintaku serta adik2ku..
mereka amat memerlukanku..
tidak sanggup bagiku meninggalkn ummiku keseorgn menguruskn adik2ku..
sedangkan aku??
biarlah ku lepas segala kebahagiaan dahulu demi tanggungjawab dan
amanah yg satu ini..
Namunyg lebih penting jika aku menerimanya hal ini sama spt menempah sesuatu yg buruk..
jln itu jln yg mendekatkan aku kpd kemaksiatan..
Sesungguhnya Allah telah berfirman di dlm Al-Quran,jgnlah kamu menghampiri zina.
Dgn memilih jln itu,aku mungkin menghampiri larangan keras kekasih Agungku ini.
Berdasarkan kalamNya itu,aku memilih utk menolaknya.
Tambahan sahabatku ada menasihati aku,jika dia betul2 serius dia akan setia menanti kita selama mana pun...Dan jgn terima seseorang itu atas sbb kita kasihankan dia.Tapi terimalah seseorang itu atas dasar perasaan hati kita terhadap dia...
Pada pendapat aku pula,aku memerlukan seseorang yg siap dgn tanggungjawab aku.Namun yg plg penting sekali adalah agamanya.Kerna itulah yg akan memberikan aku kebahagiaan dunia dan akhirat.
Ya Allah Ya Tuhanku..
sesungguhnya engkau mengetahui sgl buruk dan baik sesuatu itu..
tunjukkanlah aku jalan..
jalan yg lurus, yg engkau redhai serta engkau rahmati..
Ya Allah Ya Rabb Izzati..
Semoga kau kurniakan iman dan taqwa yg tggi kepada beliau..
serta kurniakanlah beliau kebahagiaan..
Amiiinnn.....
Posted by Ko Hye Sung ^__^ at 2:05 AM 0 comments
Labels: tanpa dduga..
Monday, February 8, 2010
Assalamualaikum..
nampaknya sudah lama tidak mengepost dcni..
almaklumla insan biasa..
tiada broadband..(heehee~~)
mngikutkan connection kolej..
br skrg boleh membuka laman blog ini stlh skian lama dtgglkn..
Alhamdulillah..
syukur dpt membukanya kembali stlh bbrp ktika dblock..
ada tempat utk mluahkn apa yg tersirat mahupun tersurat..
pandangan (mngikut pdgn sayala..ehhe~)
ingin berkongsi jua agar sgl yg dlalui dpt dnilai..
almaklum..umur yg meningkat serta bertambah ke usia lanjut ini..
oleh itu, smoga pengalaman dan segala yg dlalui
mematangkn dan mendewasakn diri ini yg smakin senja..(uish..malu2~)
sekian dlu d hr yg sesak dgn lab reports, esaimen dan test menimbun ini..
wassalam..
Posted by Ko Hye Sung ^__^ at 10:43 PM 0 comments

