Alhamdulillah..
Baru saja tadi Ummi menelefon memberitahu tentang keputusan SPM adikku,Aqilah.Ummi hendak bertolak pulang dr sekolah adikku,Semashur di Hulu Selangor ketika menelefonku.Semoga perjalanan ummi lancar,tenang dan selamat doaku.Syukur padaMu Ya Allah kerana telah berikan kejayaan kepada adikku dlm peperiksaan SPMnya.Tahniah adikku kerana berjaya mendapat keputusan yg cemerlang,8A 1B.Semoga kejayaanmu dan ilmumu bermanfaat adikku.Semoga kau menjadi anak yg solehah dan berguna pd keluarga,agama,bangsa dan negara doaku.Terima kasih yg tak terhingga kerana telah memberikan ummi hadiah kegembiraan ini.Terima kasih kerana tidak mengulangi kisahku yg kurang berjaya ini.Semoga kau akan teruskan kejayaanmu pada masa akan dtg agar dpt berbakti pd keluarga,agama,bangsa dan negara.Dan semoga kau juga tidak akan lupa mencari kejayaan akhiratmu adikku.Adikku,semoga kau sentiasa di dlm rahmat dan kasih sayang Allah subhanahuwata'ala.Semoga dgn segala nikmat dan kurniaanNya ini akan menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaanmu kepada Allah,tuhan yg memiliki sekalian alam,segala yg ada di langit dan di bumi adikku.Amin..

Ya Allah,syukur alhamdulillah kepadaMu atas segala nikmat dan kurniaanMu ini.Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..

0 comments:
Post a Comment