Haramkah
Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…
Friday, March 12, 2010
Cinta?
Posted by Ko Hye Sung ^__^ at 11:54 PM 0 comments
Labels: Rahsia hati manusia.....
Thursday, March 11, 2010
Alhamdulillah..
Baru saja tadi Ummi menelefon memberitahu tentang keputusan SPM adikku,Aqilah.Ummi hendak bertolak pulang dr sekolah adikku,Semashur di Hulu Selangor ketika menelefonku.Semoga perjalanan ummi lancar,tenang dan selamat doaku.Syukur padaMu Ya Allah kerana telah berikan kejayaan kepada adikku dlm peperiksaan SPMnya.Tahniah adikku kerana berjaya mendapat keputusan yg cemerlang,8A 1B.Semoga kejayaanmu dan ilmumu bermanfaat adikku.Semoga kau menjadi anak yg solehah dan berguna pd keluarga,agama,bangsa dan negara doaku.Terima kasih yg tak terhingga kerana telah memberikan ummi hadiah kegembiraan ini.Terima kasih kerana tidak mengulangi kisahku yg kurang berjaya ini.Semoga kau akan teruskan kejayaanmu pada masa akan dtg agar dpt berbakti pd keluarga,agama,bangsa dan negara.Dan semoga kau juga tidak akan lupa mencari kejayaan akhiratmu adikku.Adikku,semoga kau sentiasa di dlm rahmat dan kasih sayang Allah subhanahuwata'ala.Semoga dgn segala nikmat dan kurniaanNya ini akan menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaanmu kepada Allah,tuhan yg memiliki sekalian alam,segala yg ada di langit dan di bumi adikku.Amin..

Ya Allah,syukur alhamdulillah kepadaMu atas segala nikmat dan kurniaanMu ini.Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..
Posted by Ko Hye Sung ^__^ at 4:52 PM 0 comments
Labels: kehidupan..
Monday, March 8, 2010
Kisah Seorang Ummi..
Ruang yang tadi terang benderang, tiba-tiba menjadi gelap. Hajat di hati ingin membaca sebelum melelapkan mata terpadam dek kegelapan malam.Aku bingkas bangun dari katil, menuju ke pintu. Tujuan di hati ingin meninjau ke bilik anak-anak.
" Tentu mereka sedang tidur lena.." getus hati sambil tangan meraba mencari tombol. Namun..."
Ummi, Kak Long dan Kak Ngah tak boleh tidur.. ada nyamuk..panas pula tu." Belum sempat pintu bilik dibuka, anak-anak lebih dulu menyua muka. Terpisat-pisat mereka mengesat mata. Dalam kesuraman cahaya bulan purnama yang masuk menembusi tingkap bilik, aku mendorong mereka ke katil. Suamiku kebetulan tiada di rumah kerana berprogram di luar kawasan.
" Kak Long dan Kak Ngah tidur dengan Ummi ye...elektrik tak ada malam ni ."
Oleh kerana masih mengantuk, mereka menurut sahaja tanpa banyak bicara. Aku mengambil majalah yang tadi ingin dibaca, kujadikan kipas untuk menyejukkan sedikit pusaran udara sekitar bilik kecilku.
" Kak Long dan Kak Ngah tidur ye, Ummi tolong kipas. Nanti sejuk sikit.." Aku berkata. Sempat telinga mendengar dengungan si nyamuk. Sambil mengipas, aku membuka mata luas, kalau-kalau ada nyamuk yang datang hinggap di tubuh anak-anakku..kasihan mereka. Terpaksa melelapkan mata dalam keadan tidak selesa begitu.
Itu di dunia...Entah mengapa sambil mengipas dan menampar nyamuk yang hinggap seekor dua, fikiran melayang mengenang keadaan di akhirat sana.
Di sini, aku masih boleh menjadi 'penyelamat' anak-anak dari situasi yang tidak menyenangkan. Mereka juga tetap mencari Ummi mereka ini untuk mengadu nasib diri. Bagaiman di sana nanti ? Mampukah lagi aku menjadi penyelamat mereka dari terjunam ke lembah neraka...Na'uzubillah. Dan, adakah anak-anakku mencari Ummi ini sekadar untuk menagih janji..
" Dulu di dunia, Ummi kata Ummi sayang kami. Sekarang ini kami minta bukti ".. mungkin itu jerit mereka. Di depan titian Sirat menanti..di bawahnya jurang neraka berapi.
" Kami tak bersalah, Ummi kami yang menjadikan kami tidak solehah..Salah kami tidak ditegur, silap kami tidak diperbetul. Lantas, kami terus dengan diri sendiri..Pakaian kami tidak ikut syariat. Ummi kata, tak mengapa kerana kami masih belum dewasa. Solat kami culas, Ummi kata tak mengapa. Dah baligh kelak, baru Ummi galak. Gelak tawa kami berdekah-dekah. Ummi buat tak endah. Ummi kata, tak mengapa. Dah besar nanti, baru Ummi menyapa..jangan begitu bila ketawa."
" Namun belum sempat Ummi menegah, Ummi lebih dulu meninggalkan alam ini. Kami dah biasa begini, terus dewasa tanpa panduan ilahi. Mari Ummi, terjun bersama kami..selayaknya kita di sini " kata mereka lagi, lantas pantas mencapai tanganku ke tepian api..
Astaghfirullah..Aku terjaga dari lena. Tertidur rupanya. Ku toleh ke sisi, anak-anak masih dibuai mimpi. Bilik yang tadi suram, telah kembali terang. Terngiang-ngiang lagi 'jeritan' anak-anak dalam mimpiku tadi. Perlahan-lahan aku bangun. Sementelah, belum masuk Subuh, aku ingin munajat pada Ilahi, mohon kekuatan dan petunjuk. Jangan 'peristiwa' dalam mimpi menjadi realiti.
' Ya Allah, dalam hening malam aku sujud pada Mu. Kumohon jangan pernah berpaling dariku. Aku tak punya siapa-siapa untuk menolong. Aku menagih rahmat kasih sayang Mu, Ya Allah. Bantulah aku, dalam mendidik anak-anakku. Kurniakan aku kekuatan menegur dan membetulkan salah silap mereka. Dengan baki usia yang masih bersisa ini, ya Allah. Aku akan bersama suami menunjukkan jalan yang benar kepada mereka. Pandulah kami, bimbinglah kami. Kami ingin mati dalam redha Mu. Kami ingin menuju akhirat Mu tanpa beban yang masih berbaki.Alam kini penuh fitnah, dinding kami dari fasad dan jahat dunia. Kami tak daya menolak tanpa bimbingan dan hidayah Mu.
Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah agar di sana kelak kami tidak saling menyalak.
Kami akan mendidik mereka berlandas syari'at, Al Quran dan Sunnah sebagai pengikat. Ya Allah, hadiahkan kami redhamu, izinkan kami bernaung di bawah cinta Mu, walau kami sedar kami banyak dosa tapi kami tak akan pernah berputus asa'.
***************************************************************************
Untuk renungan wanita bergelar ibu,yg sekian lama berbangga kerana syurga di bawah telapak kaki ibu, namun sepatutnya golongan ibu lebih dulu insaf, kerana syurga atau neraka seorang anak, ibulah pencorak pertamanya. Semoga beroleh manfaat.Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Petikan ini dari http://www.zaharuddin.net/
Terbaca petikan ini dr facebook rakan. Terasa besar, berat dan sukarnya tanggungjawab seorang ibu. Allahuakbar.Walaupun aku bukan seorang ibu tapi InsyaAllah suatu hari nanti dgn izin Allah.Ibu bukan sekadar panggilan dan tanggungjawab di dunia tetapi jua di akhirat kelak.Subhanallah.Dapatkah kita(kaum hawa) memikul tanggungjawab yg besar ini suatu hari nanti Ya Allah? Ya Allah berilah kami kekuatan dan ilmu yg bermanfaat utk memegang amanahMu suatu hari nanti serta kekuatan utk mendidik dan menegur.Amin...
Dr petikan tersebut aku membuat keputusan.Ya Allah semoga ini adalah keputusan yg tepat.Berikanlah aku kekuatan utk menghadapi dugaanMu ini.Dugaan yg melanda ini adlh ujian drMu utk menguji keimananku dan menunjukkan kasih sygMu agar aku sentiasa terus mengingatiMu.Kurniakanlah daku inayahMu utk menghadapinya Ya Allah.InsyaAllah, semua yg berlaku ada hikmahnya dan Allah tidak jadikan sesuatu itu sia-sia sahaja.
Posted by Ko Hye Sung ^__^ at 6:05 PM 2 comments
Labels: Cinta Hati..Cinta Hakiki..
Salahkah aku...
Bismillahirrahmanirrahim..
Allah..Allah..Allah..
Semoga diri ini akan sentiasa mengingatiMu..
Ya Allah,ampunkanlah aku sekiranya aku terlupa akanMu..
Semoga diri ini akan menyintaiMu sesungguh-sungguhnya pada setiap denyutan nadi dan hembusan nafas ini Ya Allah..
Ya Allah,kau tunjukkanlah jln kebenaran pada seluruh hambaMu yg berada di dunia ini. Sesungguhnya hanya engkaulah yg amat berkuasa pd alam semesta ini serta pd semua nyawa. Hanya padaMu kami berserah dan memohon perlindungan. Dan tiada sesuatu yg mustahil bgMu,Allahuakbar..
Mlm itu mrupakan sesuatu yg menyakitkan bgku,spt aku br terminum racun yg membunuh. Salahkah aku utk saling ingat-memperingati antara satu sama lain. Terutama sekali org yg plg hampir dgnku. Namun,apa yg aku dpt hanyalah tuduhan melulu kpd sesiapa sahaja yg mengikut ajaranNya. Aku sgt sedih yg teramat sgt. Namun tidak tahu aku mahu mengadu pada siapa saat ini kecuali padaMu Ya Allah, tuhan yg memiliki nyawaku ini. Sungguh aku memohon padaMu tuhanku, berikanlah aku kekuatan utk menghadapi segalanya di muka bumiMu yg fana ini Ya Rabb. Hanya pdMu ku titipkan segalanya. Tidak, aku tidak dapat mengatakan hal ini kpd insan yg aku cintai, kerana aku tidak sanggup melihatnya menanggung beban ini juga. Maafkan anakmu ini ummi. Harapanku agar ummi tidak sedih menanggung segalanya stlh ketiadaan abi. Aku bukanlah seorang yg baik, jauh sekali anak yg solehah namun harapanku agar dia berubah. Memang berkahwin itu satu ibadah, sesuatu yg baik. Tp adakah bagus sekiranya sesuatu yg tidak perlu dilihat org lain tetapi dberi lihat. Memang hendak menjadi diri sendiri dan tidak mahu menjadi hipokrit namun cuba utk menjadi lebih baik itukan lebih bagus. Aku amat terkilan. Sekiranya sebelum ini aku melihat yg lain2 aku sabarkan hati tapi ada juga aku menegur sedikit2. Tetapi kesabaranku teruji hebat sekali pada kali ini. Tidak ingatkah mereka pada arwah abi yg sedang di sana. Tidak kasihankah mereka seandainya arwah abi diseksa di sana. Sungguh aku amat sedih dan kesal. Allahuakbar...Ya Allah kuatkanlah hatiku menempuhi segala badai yg melanda ini. Hanya padaMu aku mengadu dan hanya padaMu aku memohon. Rahmatilah mereka dan berilah mereka taufiq dan hidayahMu Ya Allah. Tiada apa yg dpt ku lakukan sekarang ini selain berdoa kepadaMu Ya Rabb tuhan sekalian alam yang mengetahui segala yg di langit dan di bumi juga segala yg tersirat. Lailahaillallah...
Posted by Ko Hye Sung ^__^ at 12:16 PM 0 comments
Labels: dugaan...

