BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 26, 2010

Marah??

Marah?Semua manusia mempunyai perasaan marah.Mungkin akan ada yg kata seseorang itu ego bila dia hanya mendiamkan diri tanpa memberi respons kepada sekelilingnya.Namun hakikatnya mungkin seseorang itu diam tanpa memberi sebarang reaksi kerana cuba mengawal marahnya.


Marah adalah sifat mazmumah(tercela,terkeji,terhina).Justeru usaha utk mengelakkan diri dr sifat marah menjadi satu kewajipan.Sifat marah yg wajib dbuang dr diri seseorg ialah sifat marah yg dilarang.Tidak semua sifat marah dilarang,ada kalanya kita wajib marah dan kadang kala kita diharuskan marah.Kemampuan kita mengurus kemarahan akan membawa kita kepada situasi yg tenang dan membahagiakan.

Sifat marah dr sudut hukum boleh dibahagikan kepada tiga:

1. Marah yg dipuji
Kemarahan yg dtuntut bila mana berlaku pencabulan dan perlanggaran terhadap larangan agama @ Allah S.W.T.Sifat ini hasil dr keimanan yg kuat terhadap Allah S.W.T krn org yg tidak marah terhadap pencabulan dan pelanggaran larangan Allah dianggap sbg org yg lemah iman.

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya, "brg sesiapa yg melihat kemungkaran hendaklah ia ubah dgn tgn(kekuasaan) sekiranya tidak mampu ubaah dgn lidahnya,sekiranya tidak mampu juga maka ubahlah dgn hati,itulah selemah-lemah iman."

Rasa utk mengubah,menegur atau tidak suka tidak akan timbul dlm diri seseorg sekiranya tidak ada perasaan marah pd sesuatu.Kecantikan Islam dlm marah ialah apabila seseorg dpt mengurus sifat marah dgn cara hikmah dan bijaksana tapi bukan dgn cara mengikut perasaan dan nafsu spt memaki hamun,mencerca,memukul atau mangambil tindakan2 yg negatif.

2.Marah yg dicela
Marah yg dilarang dan tercela ialah apabila marah pd pelaksanaan perintah Allah atau marah yg didorong oleh perasaan dan hawa nafsu,marah dgn usaha dakwah,marah dgn pelaksanaan syiar Islam dan lain2.Sifat marah dlm kategori ini dilarang dan dicela krn merupakan sifat org2 kafir yg sentiasa tidak suka apabila org mengamalkan dan menghayati Islam.Mereka menunjukkan sifat mereka dgn menunjukkan rasa marah apabila ajaran2 Islam diamalkan dlm kehidupan manusia.

3.Marah yg diharuskan
Marah jenis ini merupakan marah yg tidak melanggar perintah Allah dan tidak melampaui batasan.Org yg dpt mengawal perasaan ini disukai Allah S.W.T. iaitu spt marah apabila tidak tahu perkara yg sepatutnya diketahui, marah apabila tidak melakukan pekerjaan dgn baik dan lain2.

Allah S.W.T berfirman maksudnya, "Dan org yg mengekang kemarahan dan memberi kemaafan kpd org lain,dan Allah suka kpd org2 yg baik."


Kita wajib marah bila hak Allah atau hak Islam dilanggar,haram marah bila marah kerana hak agama dilaksanakan dan harus marah pd perkara berkaitan kehidupan dgn syarat tidak melampaui batasan dan bertujuan utk memperbaiki kekurangan yg ada.



Ibnu Hibban menyatakan manusia sentiasa bertentangan antara marah dan kelembutan,siapa yg marah dgn kelembutan tidaklah dicela selama marahnya tidak dilarang.Manusia dr sudut kekuatan sifat marah ada tiga peringkat:

Pasif: Org yg tiada perasaan marah,hilang dari dirinya sifat marah.

Agresif: Org yg pemarah,baran,tidak mampu dikawal oleh akal dan agama,hilang kewarasan diri ketika marah.

Moderet: Pertengahan;org yg dpt mengawal perasaan marah menggunakan akal dan agama.



Tip membendung kemarahan:

1.Membaca ta'awudz iaitu,"A'uzubillahi minasyaitanir rajiim."
2.Mengingat betapa besarnya pahala org yg mampu menahan kemarahannya.
3.Mengambil sikap diam diri,tidak bercakap.
4.Duduk atau berbaring.
5.Memikirkan betapa hodohnya penampilan apabila sedang dlm keadaan marah.
6.Mengingat betapa besarnya balasan bg org yg memaafkan kesalahan org lain.
7.Meninggalkan berbagai bentuk celaan,makian,tuduhan,laknat dan cercaan kerana semua itu
termasuk perangai org2 bodoh dan jahil.



>>Org yg kuat adalah org yg dpt menahan amarahnya...

0 comments: