BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 1, 2011

Ada Apa Dgn 1 April???

Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah


menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol


terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian.


Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam.


Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri


mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu


benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar. Setelah pasti dengan khabar


berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka


boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera


Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan


kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai


termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan


oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang


Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang


Islam. Namun malangnya tarikh ini disambut juga oleh sesetengah umat Islam di seluruh dunia.


Banyak sejarah April Fool yang dipaparkan di dalam internet hingga ke akhbar untuk


mengingatkan umat Islam bahawa April Fool ini tidak digalakkan dalam Islam. Sejak dari dahulu


lagi, terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, budaya April Fool ini sudah menjadi


kebiasaan bagi mereka. Setiap tahun menjelang 1 April, ramailah yang menjadi mangsa dari


sambutan April Fool. Bukan mangsa bunuh ataupun rompakan tetapi mangsa kepada mereka


yang suka mengenakan dan menganiayai orang lain. Sedangkan Islam sangat melarang kita


menganiayai orang lain dengan niat yang jahat. Muka diconteng, barang disorok dan sebagainya


menjadi kebiasaan pada hari April Fool. Dari sini kita boleh ketahui apakah relevan dan


faedahnya dengan April Fool ini. Menganiayai, menipu, menghina, menyakitkan hati, dan


perasaan orang lain, semuanya buruk dan tidak berfaedah tentang April Fool. Sepertimana


firman Allah yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki


menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik


dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum


perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan


yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-


memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah


keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya." Surah


Al-Hujurat: 48



Namun mengapa ianya terus menerus disambut dan dilakukan oleh sebahagian masyarakat


Islam terutamanya di Malaysia. Rakyat Malaysia sememangnya banyak terdedah dengan


budaya Barat yang telah lama bertapak di Malaysia sejak dari dulu lagi. Valentine's Day dan


sebagainya telah lama disambut di Malaysia dan umat Islam juga tidak terkecuali untuk


menyambutnya. Kata mereka ianya nampak lebih moden dan cool untuk disambut. Tanpa


disedari, sambutan-sambutan sebeginilah yang akan menghancurkan dan merosakkan maruah


umat Islam sedikit demi sedikit. Bayangkan sekiranya sejarah pembunuhan umat Islam pada 1


April di Sepanyol itu adalah sejarah yang betul-betul mengaitkan kita dengan April Fool, maka


apakah pandangan Barat apabila melihat umat Islam turut sama menyambutnya. Menyambut


hari dimana kekejaman tentera Kristian terhadap umat Islam dan tipu daya yang telah


dilakukan oleh mereka kepada umat Islam. Sudah tentu mereka menganggap umat Islam


mudah terpadaya dengan tipu daya Barat sepertimana yang mereka anggap umat Islam telah


diperbodohkan oleh mereka suatu masa dahulu. Adakah kita mahu dianggap oleh dunia seperti


itu? Menjadi umat yang tidak tahu menjaga maruah agama sendiri. Kesimpulannya, walau apa


pun sejarah ataupun walau apapun yang terjadi pada 1 April samaada ianya berkaitan dengan


agama Islam atau tidak, umat Islam tidak sepatutnya dan tidak harus menyambut dan


membudayakannya kerana sudah jelas ianya berasal dari Barat dan tidak ada faedahnya. Umat


Islam hendaklah berfikiran secara rasional tentang perkara-perkara ini kerana tujuan utama


Barat adalah untuk menghapuskan dan menjatuhkan kedudukan dan maruah umat Islam di


mata dunia.




Disediakan oleh, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor





Dulu waktu msh sekolah..jahil2 lg,g knekan org time 1 april ni..skrg dh taw,smoga xkn berulang lg ksilapan tu.. Ya Allah ampunknlah sgl dosaku dan sluruh umat Islam..Rahmatilah kami..Smoga kami sentiasa dlm jlnMu...Amin ya rabb...


0 comments: